Pages

Recent Posts

14 Apr 2013

TRIPLE CHOCOLATE CHEESECAKE

TRIPLE CHOCOLATE CHEESECAKE - SESEDAP NAMANYA

Four chocolate flavours in one cheesecake. Heaven, Nirvana and Paradise and a Utopian chocolate bottom

Assalamualaikum....terima kasih kerana berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ni....saya mmg suka makan coklat...kek, biskut , ice cream...asal ada coklat...itu yang saya suka....so hari ni mood nak sangat makan triple treat choco cheesecake....memandangkan semua bahan2 pun mmg dah lama ada...tinggal nak bersilat pacak je kat dapur....alhamdulillah inilah hasilnya....



korang jangan terkejut bila tengok step yang panjang ni...baca dulu then anda akan rasa takle sesusah mana...lagipun kek ni tak yah bakar pun...sama mcm chilled cheesecake yang biasa tu cuma yang ni kene tambah chocolate aje...ada 3 jenis coklat .... white chocolate, dark chocolate dan milk chocolate

cuma nak bagitau kek ni mmg heaven...paradise...
KEK TRIPLE CHOCOLATE CHEESECAE

300gm biskut perisa coklat (kalu ada krim buang krim tu)
125gm butter dicairkan
1X200g white chocolate baking block..dihancurkan
1X200g dark chocolate baking block-..dihancurkan
1x200g milk chocolate baking block-...dihancurkan
1/4 cup (60mm) air mendidih
3 teaspoons serbuk gelatine
3X250gm cream cheese softened
1/2 cup atau 100gm gula kaster
300ml thickened cream atau whipping cream

step 1
greese dgn mentega gunakan springform pan 23cm
hancurkan biskut tadi dan campurkan dgn mentega yang dicairkan kacau sebati dan letakkan dlm springform pan tadi...padatkan dan letakkan dlm fridge selama 30 minit

step 2
cairkan white chocolate baking block secara double boiling kacau ngan metal spoon sehingga chocolate cair ...biarkan

cairkan juga milk chocolate baking block secara double boiling juga ketepikan

cairkan dark chocolate baking block secara double boiling dan ketepikan

step 3
letakkan air panas mendidih dlm bekas kecil yang tahan panas ..then tuangkan serbuk gelatine...biarkan dia kembang dan kacau sehinga sebati

step 4
gunakan mixer elektrik ....pukul cream cheese dan gula sehingga lembut...tambahkan campuran gelatine tadi dlm cream cheese dan pukul hingga sebati. serta tambahkan whipping cream atau thickened cream yang dipukul dlm bekas berasingan sehingga kental dan bertanduk...kemudian tambahkan dlm adunan cheese cream tadi dan putar lagi sehingga sebati...

step 5
bahagikan kepada 3 bahagian campuran cream cheese dan whipping cream tadi sama rata

step6
sekarang ada 3 bahagian cream cheese mixture dan juga 3 bekas chocolate yang dicairkan (white, dark dan milk choco)

1 bahagian cream cheese mixture tadi dicampurkan dengan white chocolate baking yang dicairkan dan kacau sehingga sebati....tuangkan adunan ini ke atas pan yang telah diletakkan biskut hancur tadi...licin kan permukaan cream tadi dan sejukkan balik selama 15 minit

kemudian ambik 1 bahagian lagi cream cheese mixture tadi dan tambahkan dengan milk chocolate baking yang dicairkan dan kacau sebati....setelah 15 minit keluarkan pan tadi dr freezer dan tuang campuran cream ni tadi serta licinkan permukaannya dgn permukaan sudu dan sejukkan kembali selama 15 minit

setelah itu 1 bahagian lagi cream cheese mixture dicampurkan dengan dark chocolate baking yang dicairkan dan kacau sebati....tuangkan diatas lapisan milk chocolate yang dah keras tadi serta licinkan permukaan dengan belakang sudu ....masukkan dlm fridge selama 3 jam atau sehingga keras

step akhir...hiaskan permukaan kek dengan kreativiti anda....nak letak strawberry ke,,, anggurkan ke atau serbuk koko ke.....

step nampak banyak sebenarnya senang aja



Komen
0 Komen

No comments:

Post a Comment

The Little Black Chef Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign