Pages

Recent Posts

3 Sept 2015

Resepi Chewy Fudgy Brownies


PEMINAT COKLAT!! WAJIB CUBA WALLA!







Resepi Chewy Fudgy Brownies

250gm dark chocolate (saya guna beryls dark compound)
120gm butter (lurpak)
140gm all purpose flour (tpg gandum pun boleh)
30gm cocoa powder
1 tsp baking powder
3 biji telur saiz A
230gm brown sugar (dark brown sugar pun boleh)
1 tsp esen vanila
secubit garam
bancuhan 1sudu kecil nescafe dan 2 sudu besar air panas (*optional saya suka rasa aroma nya)
** nota tambahan - jika nak letak almond, walnut,atau choco chip ... bakar dulu almond/walnut n campur dlm adunan
** begitu juga kalau nak topping - almond n walnut bakar dulu then baru tabur atas adunan sebelum bakar...

Caranya
1. Panaskan oven 170c selama 10-15 minit ... Gliss permukaan loyang
(8x11) atau (10x10) dengan sedikit butter serta letakkan baking paper
pada loyang serta gliss kan juga dgn butter
2. Chocolate masakan dicairkan dgn kaedah double boil setelah mencair
masukkan butter . biarkan kedua2nya larut dan tutup api serta sejukkan.
3. Ayak all purpose flour/tpg gandum, cocoa powder serta baking powder
dalam satu bekas. ketepikan
4. Dalam bekas yang lain pula pecahkan telur , masukkan brown sugar,
esen vanila beserta bancuhan nescafe. Kacau sebati dan gula larut
menggunakan hanya hand whisk. kacau agak2 dlm 2@3 minit sahaja
5. Kemudian tuangkan adunan chocolate masakan ke dalam adunan telor
dan kacau sebati
6. Masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung ke dlm adunan
tadi...kaup balik sehingga sebati
7. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digliss dengan butter..ratakan
permukaan adunan
8. Bakar adunan suhu 170c selama 40-45 minit atau hingga masak. Jangan
terlalu lama nanti brownies terlalu kering... setelah masak tempohnya
buka sedikit pintu oven biarkan brownies dlm 10-15 minit dlm oven.
kemudian baru dikeluarkan dan potong brownies waktu ia masih
panas...SELAMAT MENCUBA
















The Little Black Chef Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign