Pages

Recent Posts

3 Sept 2015

Resepi Chewy Fudgy Brownies


PEMINAT COKLAT!! WAJIB CUBA WALLA!







Resepi Chewy Fudgy Brownies

250gm dark chocolate (saya guna beryls dark compound)
120gm butter (lurpak)
140gm all purpose flour (tpg gandum pun boleh)
30gm cocoa powder
1 tsp baking powder
3 biji telur saiz A
230gm brown sugar (dark brown sugar pun boleh)
1 tsp esen vanila
secubit garam
bancuhan 1sudu kecil nescafe dan 2 sudu besar air panas (*optional saya suka rasa aroma nya)
** nota tambahan - jika nak letak almond, walnut,atau choco chip ... bakar dulu almond/walnut n campur dlm adunan
** begitu juga kalau nak topping - almond n walnut bakar dulu then baru tabur atas adunan sebelum bakar...

Caranya
1. Panaskan oven 170c selama 10-15 minit ... Gliss permukaan loyang
(8x11) atau (10x10) dengan sedikit butter serta letakkan baking paper
pada loyang serta gliss kan juga dgn butter
2. Chocolate masakan dicairkan dgn kaedah double boil setelah mencair
masukkan butter . biarkan kedua2nya larut dan tutup api serta sejukkan.
3. Ayak all purpose flour/tpg gandum, cocoa powder serta baking powder
dalam satu bekas. ketepikan
4. Dalam bekas yang lain pula pecahkan telur , masukkan brown sugar,
esen vanila beserta bancuhan nescafe. Kacau sebati dan gula larut
menggunakan hanya hand whisk. kacau agak2 dlm 2@3 minit sahaja
5. Kemudian tuangkan adunan chocolate masakan ke dalam adunan telor
dan kacau sebati
6. Masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung ke dlm adunan
tadi...kaup balik sehingga sebati
7. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digliss dengan butter..ratakan
permukaan adunan
8. Bakar adunan suhu 170c selama 40-45 minit atau hingga masak. Jangan
terlalu lama nanti brownies terlalu kering... setelah masak tempohnya
buka sedikit pintu oven biarkan brownies dlm 10-15 minit dlm oven.
kemudian baru dikeluarkan dan potong brownies waktu ia masih
panas...SELAMAT MENCUBA
















MUSIM DURIAN!! WEEEE!!




Stok durian yang dibawa dari bumi Malaysia memang betul2x banyak kali ni..Beria-ria mr hubby mencari durian semata-mata untuk dibawa ke bumi Saudi ni...uwaaa hati kita berbunga2x le biasa dia buat donno je ..hehehe kali ni dia yang berlebih pulak..apa-apa pun barakallahu fik en hubby bersusah payah mengopek..masukkan pulak dlm tupperware kemudian difrozenkan...


Resepi Serimuka Durian

Resepi asal dari chef Asma Nordin cuma saya olah sikit cara buatnya...
Bahan2 utk bahagian bawah:
500g beras pulut - rendam 4 jam
300ml santan
300ml air
2tsp garam
Cara2:
Basuh bersih beras pulut dan tuang ratakan dlm loyang (saya guna 9x9) bentuk 4 segi.
Tuang santan yg sudah digaul dengan garam.
Kukus selama 30 minit.
** Setelah masak pulut..biarkan periuk kukusan tersebut dan air sentiasa ada untuk step yang seterusnya iaitu serimuka durian




Bahan2 utk lapisan atas (A)
140g tepung beras
60g tepung ubi
60g tepung gandum
140g gula halus
270ml santan
470ml air
1/4 tsp garam
1/4 tsp alkaline water (saya guna air kapur)
2 biji telur
(B)
100g isi durian diblend dgn 100ml air (saya isi durian lebih sikit)
(C)
1tsp pewarna kuning telur
1/2 tsp kuning lemon
1/8tsp pewarna hijau (tak isi)
** tepung gandum ayak utk diayak atas pulut nanti sebagai gam supaya pulut dan serimuka durian melekat cantik
Cara2:
Campur semua bahan2 A dan tapis.
Campurkan bahan2 A dengan bahan2 B.
Letak bahagian (C) iaitu pewarna kuning.
Kacau rata.
Masak dalam periuk dgn api perlahan hingga naik wap.
Hendaklah selalu dikacau..dah nampak wap terus tutup api dapur.. adunan ni tak terlalu pekat dan tak terlalu cair (utk mendapatkan permukaan yang licin)
Sebelum tuang bahagian atas serimuka durian ni.. saya tabur tepung gandum dlm bekas ayak ..tabur sedikit sahaja tp rata.. sebagai gam
Tuang bahagian atas serimuka durian atas bahagian pulut tersebut dengan perlahan-lahan..Kukus serimuka ni selama 30-40 atau sehingga masak.
Cara saya : saya tak guna kain pengukus atau aluminium foil, setiap 5 minit saya akan buka tudung periuk dan lap supaya air tidak menitis..
tetapi jika nak bungkus penutup periuk kukusan dgn kain pun boleh takde masalah..citarasa dan kerajinan masing2...
satu lagi saya letak acuan lompang sebagai kaki utk loyang kukus saya supaya wap panas tu menyekatakan serimuka tersebut (rujuk gambar)
Tunggu sejuk betul baru potong utk dapatkan potongan kuih yg cantik.
*psst
penyebab kenapa permukaan serimuka tak licin adalah disebabkan masa kukus tu air wap jatuh pada permukaan kuih .


4 Bekas acuan lompang tu bertujuan sebagai kaki masa mengukus nanti...









The Little Black Chef Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign