Pages

Recent Posts

14 Apr 2013

TRIPLE CHOCOLATE CHEESECAKE

TRIPLE CHOCOLATE CHEESECAKE - SESEDAP NAMANYA

Four chocolate flavours in one cheesecake. Heaven, Nirvana and Paradise and a Utopian chocolate bottom

Assalamualaikum....terima kasih kerana berkunjung ke blog saya yang tak seberapa ni....saya mmg suka makan coklat...kek, biskut , ice cream...asal ada coklat...itu yang saya suka....so hari ni mood nak sangat makan triple treat choco cheesecake....memandangkan semua bahan2 pun mmg dah lama ada...tinggal nak bersilat pacak je kat dapur....alhamdulillah inilah hasilnya....



korang jangan terkejut bila tengok step yang panjang ni...baca dulu then anda akan rasa takle sesusah mana...lagipun kek ni tak yah bakar pun...sama mcm chilled cheesecake yang biasa tu cuma yang ni kene tambah chocolate aje...ada 3 jenis coklat .... white chocolate, dark chocolate dan milk chocolate

cuma nak bagitau kek ni mmg heaven...paradise...
KEK TRIPLE CHOCOLATE CHEESECAE

300gm biskut perisa coklat (kalu ada krim buang krim tu)
125gm butter dicairkan
1X200g white chocolate baking block..dihancurkan
1X200g dark chocolate baking block-..dihancurkan
1x200g milk chocolate baking block-...dihancurkan
1/4 cup (60mm) air mendidih
3 teaspoons serbuk gelatine
3X250gm cream cheese softened
1/2 cup atau 100gm gula kaster
300ml thickened cream atau whipping cream

step 1
greese dgn mentega gunakan springform pan 23cm
hancurkan biskut tadi dan campurkan dgn mentega yang dicairkan kacau sebati dan letakkan dlm springform pan tadi...padatkan dan letakkan dlm fridge selama 30 minit

step 2
cairkan white chocolate baking block secara double boiling kacau ngan metal spoon sehingga chocolate cair ...biarkan

cairkan juga milk chocolate baking block secara double boiling juga ketepikan

cairkan dark chocolate baking block secara double boiling dan ketepikan

step 3
letakkan air panas mendidih dlm bekas kecil yang tahan panas ..then tuangkan serbuk gelatine...biarkan dia kembang dan kacau sehinga sebati

step 4
gunakan mixer elektrik ....pukul cream cheese dan gula sehingga lembut...tambahkan campuran gelatine tadi dlm cream cheese dan pukul hingga sebati. serta tambahkan whipping cream atau thickened cream yang dipukul dlm bekas berasingan sehingga kental dan bertanduk...kemudian tambahkan dlm adunan cheese cream tadi dan putar lagi sehingga sebati...

step 5
bahagikan kepada 3 bahagian campuran cream cheese dan whipping cream tadi sama rata

step6
sekarang ada 3 bahagian cream cheese mixture dan juga 3 bekas chocolate yang dicairkan (white, dark dan milk choco)

1 bahagian cream cheese mixture tadi dicampurkan dengan white chocolate baking yang dicairkan dan kacau sehingga sebati....tuangkan adunan ini ke atas pan yang telah diletakkan biskut hancur tadi...licin kan permukaan cream tadi dan sejukkan balik selama 15 minit

kemudian ambik 1 bahagian lagi cream cheese mixture tadi dan tambahkan dengan milk chocolate baking yang dicairkan dan kacau sebati....setelah 15 minit keluarkan pan tadi dr freezer dan tuang campuran cream ni tadi serta licinkan permukaannya dgn permukaan sudu dan sejukkan kembali selama 15 minit

setelah itu 1 bahagian lagi cream cheese mixture dicampurkan dengan dark chocolate baking yang dicairkan dan kacau sebati....tuangkan diatas lapisan milk chocolate yang dah keras tadi serta licinkan permukaan dengan belakang sudu ....masukkan dlm fridge selama 3 jam atau sehingga keras

step akhir...hiaskan permukaan kek dengan kreativiti anda....nak letak strawberry ke,,, anggurkan ke atau serbuk koko ke.....

step nampak banyak sebenarnya senang aja



APAM ICE CREAM CORNETTO

ICE CREAM YANG PASTI TIDAK COMOTKAN BAJU ANAK ANDA!

Assalamualaikum.....hari minggu di sini kami tak ke mana-mana....anak2 pun ada dirumah...cuaca diluar juga boleh tahan panas...dlm duk menggoogle tu terpandangla ice cream yang tidak mencomotkan baju anak-anak kat fb ni....menggoda sungguh sehingga menarik daku untuk mencubanya...alhamdulillah inilah hasilnya...


resepinya

Resepi dari tangan ke tangan dan seterusnya....
APAM ICE CREAM CORNETTO
By: Ibu mertua Erna
Dikongsikan oleh : Mama Fami
sumber dr Azlita masam manis

3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor
1sudu teh ovelate
1 sudu teh baking powder-saya tambah..
3/4 cawan air ice cream soda (sprite atau 7up pun boleh)-
perasa kesukaan anda utk setiap bahagian
Pewarna2 kegemaran anda
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

(saya buat setengah adunan sahaja tp dpt pun banyak jugak)
Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan anggaran 5-7 minit
tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut
Masukkan tepung dan baking powder yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata.
Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan
Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati
kemudian letakkan adunan2 yang dibahagikan itu dlm plastik dan diiguntingkan ujungnya (utk mudah tuang dlm kon nanti)

sediakan kertas nasi lemak atau kertas burger...bahagian kepada 3 bahagian sama besar dan buat bentuk kon...terpulang besar mana yang anda mau...saya buat ala2 mini cornetto tu je

panaskan periuk kukusan yang ada lubang2 besar tu
masukkan kertas kon tadi dlm lubang2 tu tp jangan letak penuh dlm kukusan biarkan ada lubang2 utk pengudaraan wap panas

tuangkan sedikit kemudian tuang warna lain plak...bergantung anda mau berapa lapis...tp pastikan jgn tuang sampai penuh nanti apam ni akan kembang so letak dlm 1/2 atau 3/4 paras kon aja...
kukus selama 12 minit dgn penutup kukusan dibalut dgn kain. dah masak angkat dan biarkan sejuk..jgn bukak kertas kon tu biarkan dulu sb nanti nak curah coklat plak

double boiler coklat masakan yg dihancurkan sehingga cair
biarkan sehingga suam2 kuku
tuang sedikit atas apam tadi dan letak hiasan atasnya...tunggu hingga ia keras baru bukak kertas kon tadi...selamat mencuba!



ROTI JALA KARI DAGING

ROTI JALA KARI DAGING ~ PEMBUKA SELERA



Assalamualaikum....petang ni anak-anak minta kari daging...kata aishah..."mama..masa kat sekolah tadi aishah berangan kalu makan kari daging sedapnya mmmm....anak mama kat skolah dah berangan nak makan...alahaiiii....jadinya si mama ni buatlah atas permintaan si anak...kari daging mesti sedap dimakan dengan roti jala kan...

Resepinya:

roti jala

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan sederhana pekat
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Cara Penyediaan
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
2. Tapis adunan ni supaya nanti senang aje laluan dlm acuan roti jala...biarkan selama 15 minit
3. Panaskan kuali dgn api sederhana.
4. Sediakan kuali leper non-stick dan bancuhan tepung tadi dimasukkan kedalam acuan roti jala.
5. Tebar/kirai adunan atas kuali.
6. Biarkan hingga roti jala tu masak.
7. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2




Kari Daging

Bahan-bahan:
daging potong kecil
2 biji kentang potong kecil
3 sudu besar serbuk kari
250 ml santan
2 ulas bawang putih mayang
1 biji bawang besar mayang
2 cm halia mayang
2 cm kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
kacang panjang dipotong kecil
lobat dipotong dadu
Cara-cara:
Tumis bawang, halia dan rempah ratus sehingga naik bau
Masukkan serbu kari dan sedikit air
Kacau2 sehingga pecah minyak
Masukkan daging dan air
Biarkan ia mendidih dalam setengah jam
Masukkan santan dan kacau2
Biarkan daging mendidih perlahan-lahan sehingga empuk sambil2 tu masukkan garam secukup rasa dan 1 sudu kecil gula
Bila daging dah empuk, masukkan kentang,
Didih api perlahan sehingga kentang empuk
Bila kentang dah empuk boleh masukkan kacang panjang dan lobak dadu jika suka.
Dalam 1-2 minit dah boleh angkat.

2 Apr 2013

KUIH CARA BERLAUK

CARA BERLAUK SEINDAH WARNANYA




RESEPINYA

CARA BERLAUK
Bahan-Bahan Inti

1 cawan daging kisar
1 labu bwg besar - potong dadu
1 ulas bwg putih - potong dadu
1 s/b rempah  kari
garam secukup rasa
perasa jika suka minyak utk menumis

Bahan Hiasan
2 biji cili merah - hiris nipis
1 tangkai daun bawang - hiris halus

Bahan2 Untuk Batter
2 cawan tepung gandum (sukat 2 cwn kemudian keluarkan 1 s/b)
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 biji telur
garam secukup rasa
pewarna kuning secukupnya

Bahan Tambahan
Minyak masak tuang dlm mangkuk kecil
2 helai daun pandan ~ dilipat & diikat kemas utk menyapu minyak pada acuan cara.

Cara Menyediakan Inti
1. Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma & rempah sup & kacau rata.
2. Masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti agak kering.


Cara Menyediakan Batter
1. Campurkan semua bahan2 batter ke dalam bekas dan tuangkan dlm bekas blender...kisar
2. Bila dah sebati.. tapiskan batter dalam bekas yang lain.
3. Untuk memudahkan lagi, tuangkan adunan batter ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara.
4. Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas tadi pada acuan.
5. Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang acuan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam setiap lubang acuan yang dah dituang batter tadi.
6. Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak dah masak.. bolehlah angkat dan cungkil menggunakan sudu.




Selamat mencuba!

KUEY TEOW KANTONIS


 kuey tiaw kantonis.....mewah dgn bahan2....rasa minyak bijan sebenar...
KUEY TEOW KANTONIS.....MEWAH DENGAN BAHAN-BAHAN....RASA MINYAK BIJAN SEBENAR.....


RESEPI






RESEPI

sebungkus kuey tiaw
2 ulas bawang putih
udang dibuang kulit
sotong dipotong2 kecil
isi ayam potong dadu
baby corn dipotong panjang
kailan
cendawan
kacang peas
lada merah yang dipotong
carrot dipotong panjang
lada sulah
2 biji telor
bancuhan tepung jagung
minyak bijan
minyak masak
cili jeruk
CARA PENYEDIANNYA:

1.  Tumis bawang putih yg diketuk dlm 3 sudu minyak bijan dan 2 sudu minyak masak..naik bau
2.  Masukkan air (bergantung banyak mana anda suka)
3.  Masukkan ayam, sotong, udang dan lada sulah seketika
4  Kemudian masukkan sayuran
5. Dan masukkan pula bancuhan tpung jagung (agak2 kepekatan yang anda suka)
6  Kemudian masukkan telur yang telah dipukul ke dlm kuah tadi..perasakan...siap boleh dihidangkan dengan kuey tiaw tadi dan cili jeruk

NASI GORENG TEDDY BEAR


Assalamualaikum..jumpa lagi kita diblog saya yang tak seberapa ni....mmmm minggu ni adalah school holiday untuk sekolah Arab di Arab Saudi....12 hari punya cuti..ambil manfaat daripadanya...hari ni mood terlebih rajin buat nasi goreng bentuk baby bear yang comel....PASTI anak2 pun teruja selera nak makan tau....nanti2 bila kerajinan datang melanda cubala mendeko macam ni tuk anak2 tersayang....

comel je kan....sayang nak makan!


Resepinya:

Nasi putih (terpulang nak banyak mana)
bawang merah
bawang putih
bilis tumbuk/udang tumbuk (nak blend) pun boleh
cili blend nak guna cili serbuk pun boleh
garam gula
sayur sawi atau kobis tak isi pun takpe
minyak
cheese sandwich yg keping2 tu
telur dadar yang di layang nipi2 dlm kuali non stick

Penyediaan:
tumis bawang merah dan putih dan bilis/udang tumbuk tadi.....dah wangi isi garam dan gula serta isikan pula nasi tadi .....secukup rasa....

kemudian ambil cling wrap kepal2 nasi dlm cling wrap tadi buat bulat kecik2 bentuk2kan bulat besar, bahagian badan, telinga, tangan, kaki

ambil sekeping cheese tadi bentukkan dengan gunting seperti dlm gambar ni...

ambik sawi yang dlm nasi tu buatkan bentuk mata, carrot tuk hidung
jika ada gemar makan seaweed pun boleh guna bentukkan mata dan hidung

letak atas pinggan...hiasakan dan letakkan telur dadar tadi untuk dijadikan selimut....tadaaa dah siap!



baby bear dah nak tido mama!



Auwww ! mama malu la !


selamat menjamu selera ye anak-anak!

1 Apr 2013

KUEY TEOW BASAH PLUS KERANG

Bunyi tajuk makk aiii mengancam le
bih-lebih kami yang merantau..kerang ni mmg makanan favorite aku waktu dimsia...Baik buat nasi lemak kerang, sambal kerang, kerang rebus, kerang bakar termasuklah kuey teow kerang ni....mmmg aku mengidam sangat...

Terima kasih pada Fiza Fazlee....dia sangat bermurah hati memberi sebungkus kerang kepada kami sekeluarga....Semoga murah rezeki mu  di mana sahaja....

Resepi ada kat bawah  sila-silalah menjamu mata ye tuan-tuan dan puan-puan

KUEY TEOW KERANG BASAH LEBIH KERANG YK
RESEPINYA


Kuey teow direndamkan sebentar didalam air panas dan ditoskan
2 biji  bawang merah sederhana besar-blend
2 ulas bawang putih - blend
segenggam udang kering yang ditumbuk
2 sudu cili blend (bergantung kepada kepedasan yang anda mau)
kicap,
kiub ayam
sedikit sos cili/sos tomato
udang
kerang
sawi dipotong
daun bawang
daun kucai
tauge

Cara Penyediaan

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dalam kuali dengan minyak
  2. Masukkan cili blend biarkan sehingga pecah minyak
  3. Naik bau masukkan udang kering dan kiub ayam serta sos cili/sos tomato, kicap dan perasakan dengan garam dan gula
  4. kemudian masukkan udang, kerang, serta secawan air atau terpulang pada anda samada mau basah lagi atau tidak
  5. Masukkan sayur sawi 
  6. Kuey Teow dimasukkan kedalam kuali dan kacau hingga sebati
  7. Akhir sekali masukkan  tauge dan daun kucai dan daun bawang ...
  8. Angkat dan selamat menjamu selera....
  9. Anda boleh tambahkan  dengan telor mata kerbau , cili jeruk dan asam limau  wallla..




BLUEBERRY CHEESE TART



BLUEBERRY CHEESE TART-NAMANYA SESEDAP RASANYA

   
Comel si tart


Resepi ni dapat time dok google nak buat cheese tart la...Masyaallah terbuka blog kat http://www.azlitamasammanis.com/2011/07/bluberry-cheese-tart-dan-step-by-step.html....tu yang tergoda nak mencuba jugak ....dan alhamdulillah menjadi you ..terima kasih ye kak Azlita atas resepinya ini

Ni resepinya

Shell Tart
170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur Gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
Acuan tart 
Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.
 
Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170C selama 20 - 25 minit atau sehingga masak.
Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cheese.

 Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.





Puding Roti Pelangi


RESEPI PUDING ROTI PELANGI


Desert/pemanis mulut enak dimakan serta menyejukkan dikala cuaca yang panas.....
Resepi (saya doublekan resepi dr resepi asal) terima kasih kak Azlita Masam Manis



makan time sejuk...wallah...



PUDING ROTI PELANGI

15gm agar-agar serbuk
600 ml air
2biji telur
1 tin susu cair
6 sudu makan susu pekat manis
6 keping roti
6 sudu gula
2 sudu besar sunquick
2 sudu teh pate lemon
1 sudu teh esen vanila
Pewarna hijau, merah, purple, biru

Masak agar-agar dgn air dan gula hingga agar-agar dan gula larut
Dgn menggunakan blender, kisar roti bersama telur, susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yg dikisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi dan terus memasak dengan api yang perlahan sambil dikacau hingga didih.
Masukkan sunquick dan esen vanila. Biarkan masak seketika.
Tutup api dan masukkan paste lemon
kacau rata
Ambil sedikit 1/4 daripada adunan dan bahagikan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pada setiap bahagian yang telah diasingkan
Baki adunan yang tidak diwarnakan tadi, di tuang ke dalam loyang yang telah dibasahkan dahulu dengan air.
Ketepikan
Kemudian ambil adunan yang telah diwarnakan tadi dan titiskan atas puding dalam loyang tadi secara berselang seli antara satu warna dengan warna yang lain
Buat hingga habis
Kemudian sejukkan.

CHOCOLATE RASPBERRY CHEESE CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua....mmmm hari ni mood happy....mmg  happy sesangat sb skrang dah jadi surirumah sepenuh masa....banyak masa dihabiskan untuk keluarga....hati amat senang sekali.....ditambah pula dengan kehidupan saya yang menetap di Arab Saudi ni....tidak boleh sesuka hati keluar rumah berseorangan....Allamdulillah kehidupan disini dan suasana jauh lebih baik dari sebelum ni...Semenjak tinggal dibumi anbiya ni sesekali masa diluangkan menjenguk blogger2 masakan yang alhamdulillah mmg hebat dan saya juga tidak terlepas untuk mencuba resepi-resepi dari blogger-blogger ini....Hari ini teringin sekali nak buat cheese cake dah lama tak makan cheese cake ni....kek ni adik penah tunjukkan kat dalam facebook n cabar saya buat....si kakak ni memang suka sahut cabaran ni.....tadaaaa dah siap.....

Resepinya kek ni  asalnya dari chilled cheesecake...tapi diubahsuai menjadi seperti gambar-gambar dibawah...sila-silalah jamu mata dan mencuba ye....


  • CHOCOLATE RASPBERRY CHEESE CAKE (CHILLED)

    Bahan-bahan A:
    250 gm biskut OREO.. cream dlm buang
    125 gm mentega tanpa garam

    Bahan-bahan B:
    200 ml krim putar(whipping cream)
    250 gm krim keju
    165 gm gula kastor -
    2 sudu besar jus lemon

    Bahan-bahan C:
    15 gm gelatin halal
    100ml air
    - campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit

    Topping
    buahan raspberry...anggur atau (letakla apa2 buahpun)
    coklat
     
    Cara-cara

    Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 7 inci.

    Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
    Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
    Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
    Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
    Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk. Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak...satu bahagian diletakkan beberapa titis pewarna merah dan jika ada perisa raspberry pun boleh....
    Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td yg telah diwarnakan keatas adunan biskut dan letakkan raspberry beberapa biji ke atas cream cheese tadi. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2 jam. >>Lepas dah keras adunan cheese tadi tuang cream cheese yang tidak diwarnakan ke atas cream cheese yang dah keras tadi....sejukan kembali dlm 3 jam.. boleh hiaskan topping dgn buah buahan
                                             ni loyang yang saya gunakan tuk buat kek ni


                                               dihias dengan chocolate, raspberry dan anggur




                                                             SELAMAT MENCUBA!

The Little Black Chef Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign