Pages

Recent Posts

1 Apr 2013

CHOCOLATE RASPBERRY CHEESE CAKE

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua....mmmm hari ni mood happy....mmg  happy sesangat sb skrang dah jadi surirumah sepenuh masa....banyak masa dihabiskan untuk keluarga....hati amat senang sekali.....ditambah pula dengan kehidupan saya yang menetap di Arab Saudi ni....tidak boleh sesuka hati keluar rumah berseorangan....Allamdulillah kehidupan disini dan suasana jauh lebih baik dari sebelum ni...Semenjak tinggal dibumi anbiya ni sesekali masa diluangkan menjenguk blogger2 masakan yang alhamdulillah mmg hebat dan saya juga tidak terlepas untuk mencuba resepi-resepi dari blogger-blogger ini....Hari ini teringin sekali nak buat cheese cake dah lama tak makan cheese cake ni....kek ni adik penah tunjukkan kat dalam facebook n cabar saya buat....si kakak ni memang suka sahut cabaran ni.....tadaaaa dah siap.....

Resepinya kek ni  asalnya dari chilled cheesecake...tapi diubahsuai menjadi seperti gambar-gambar dibawah...sila-silalah jamu mata dan mencuba ye....


  • CHOCOLATE RASPBERRY CHEESE CAKE (CHILLED)

    Bahan-bahan A:
    250 gm biskut OREO.. cream dlm buang
    125 gm mentega tanpa garam

    Bahan-bahan B:
    200 ml krim putar(whipping cream)
    250 gm krim keju
    165 gm gula kastor -
    2 sudu besar jus lemon

    Bahan-bahan C:
    15 gm gelatin halal
    100ml air
    - campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit

    Topping
    buahan raspberry...anggur atau (letakla apa2 buahpun)
    coklat
     
    Cara-cara

    Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 7 inci.

    Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
    Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
    Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
    Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
    Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk. Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak...satu bahagian diletakkan beberapa titis pewarna merah dan jika ada perisa raspberry pun boleh....
    Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td yg telah diwarnakan keatas adunan biskut dan letakkan raspberry beberapa biji ke atas cream cheese tadi. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2 jam. >>Lepas dah keras adunan cheese tadi tuang cream cheese yang tidak diwarnakan ke atas cream cheese yang dah keras tadi....sejukan kembali dlm 3 jam.. boleh hiaskan topping dgn buah buahan
                                             ni loyang yang saya gunakan tuk buat kek ni


                                               dihias dengan chocolate, raspberry dan anggur




                                                             SELAMAT MENCUBA!
Komen
0 Komen

No comments:

Post a Comment

The Little Black Chef Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign