Pages

Recent Posts

1 Apr 2013

KUEY TEOW BASAH PLUS KERANG

Bunyi tajuk makk aiii mengancam le
bih-lebih kami yang merantau..kerang ni mmg makanan favorite aku waktu dimsia...Baik buat nasi lemak kerang, sambal kerang, kerang rebus, kerang bakar termasuklah kuey teow kerang ni....mmmg aku mengidam sangat...

Terima kasih pada Fiza Fazlee....dia sangat bermurah hati memberi sebungkus kerang kepada kami sekeluarga....Semoga murah rezeki mu  di mana sahaja....

Resepi ada kat bawah  sila-silalah menjamu mata ye tuan-tuan dan puan-puan

KUEY TEOW KERANG BASAH LEBIH KERANG YK
RESEPINYA


Kuey teow direndamkan sebentar didalam air panas dan ditoskan
2 biji  bawang merah sederhana besar-blend
2 ulas bawang putih - blend
segenggam udang kering yang ditumbuk
2 sudu cili blend (bergantung kepada kepedasan yang anda mau)
kicap,
kiub ayam
sedikit sos cili/sos tomato
udang
kerang
sawi dipotong
daun bawang
daun kucai
tauge

Cara Penyediaan

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih dalam kuali dengan minyak
  2. Masukkan cili blend biarkan sehingga pecah minyak
  3. Naik bau masukkan udang kering dan kiub ayam serta sos cili/sos tomato, kicap dan perasakan dengan garam dan gula
  4. kemudian masukkan udang, kerang, serta secawan air atau terpulang pada anda samada mau basah lagi atau tidak
  5. Masukkan sayur sawi 
  6. Kuey Teow dimasukkan kedalam kuali dan kacau hingga sebati
  7. Akhir sekali masukkan  tauge dan daun kucai dan daun bawang ...
  8. Angkat dan selamat menjamu selera....
  9. Anda boleh tambahkan  dengan telor mata kerbau , cili jeruk dan asam limau  wallla..




Komen
0 Komen

No comments:

Post a Comment

The Little Black Chef Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign