Resepinya kek ni asalnya dari chilled cheesecake...tapi diubahsuai menjadi seperti gambar-gambar dibawah...sila-silalah jamu mata dan mencuba ye....
- CHOCOLATE RASPBERRY CHEESE CAKE (CHILLED)
Bahan-bahan A:
250 gm biskut OREO.. cream dlm buang
125 gm mentega tanpa garam
Bahan-bahan B:
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
165 gm gula kastor -
2 sudu besar jus lemon
Bahan-bahan C:
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit
Topping
buahan raspberry...anggur atau (letakla apa2 buahpun)
coklat
Cara-cara
Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 7 inci.
Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk. Bahagikan kepada 2 bahagian sama banyak...satu bahagian diletakkan beberapa titis pewarna merah dan jika ada perisa raspberry pun boleh....
Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan adunan krim cheese td yg telah diwarnakan keatas adunan biskut dan letakkan raspberry beberapa biji ke atas cream cheese tadi. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 2 jam. >>Lepas dah keras adunan cheese tadi tuang cream cheese yang tidak diwarnakan ke atas cream cheese yang dah keras tadi....sejukan kembali dlm 3 jam.. boleh hiaskan topping dgn buah buahan
dihias dengan chocolate, raspberry dan anggur
SELAMAT MENCUBA!